JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 12
(13
APRIL 2014 hingga 17 APRIL 2014 )
NamaPelajar : Rodziah Bte Mohd Salleh @ Zakaria
Opsyen : Pendidikan Islam
NamaSekolah : SK IJ Convent
Tarikh : 13 APRIL 2014 – 17 APRIL 2014
1
|
Isu / Masalah / Peristiwa:
- Masalah
minggu ini yang ingin saya utarakan ialah berkaitan peningkatan diri
dalam profesionalisme perguruan
.
|
2
|
Pandangan
Dan PerasaanTerhadap Isu / Masalah / Peristiwa
·
Pada pandangan saya, pada minggu terakhir saya
menjalani praktikum di SK IJ Convent telah memberi kesan yang mendalam dalam
membentuk diri menjadi warga pendidik. Pelbagai pengalaman yang berguna telah
saya pelajari di sekolah ini dan ramai kenalan baru dari guru-guru dan
murid-murid yang begitu membuatkan saya terharu dengan layanan yang di berikan
oleh mereka. Sebagai seorang guru saya perlu mengambil inisiatif untuk
memajukan kualiti dan kemahiran-kemahirannya sebagai individu yang menyumbang
kepada masyarakat dan Negara. Dalam profesion perguruan, seorang guru yang
berdedikasi perlu yang mahu berjaya harus mempertingkatkan imej diri, status
dan pengetahuan kendiri melalui program-program peningkatan profesionalisme
keguruan.
|
3
|
AnalisisIsu
/ Masalah / Peristiwa:
3.1) Punca / Sebab:
·
Menurut Mok Song Sang (1996),
konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai salah satu perkerjaan yang
khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan
ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan
bermoral tinggi yang mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika
yang telah ditetapkan oleh organisasinya.
·
Kamus Dewan Edisi Ke 3
menjelaskan bahawa profesionalisme bermaksud sifat-sifat (kemampuan,
kemahiran, cara perlaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang
sewajarnya terdapat atau dilakukan oleh orang yang profesional. Antara punca yang menyebabkan
seorang guru tidak profesional dalam kerjayanya ialah :
1. Tidak mematuhi kod etika perguruan yang telah
ditetapkan.
2. Tidak dapat mengawal emosi dan bertindak
terburu-buru.
3. Guru tidak mempunyai disiplin diri yang tinggi
dalam kerjaya yang diceburi seperti datang lewat ke sekolah dan sebagainya.
3.2) Kelemahan / kekuatan:
·
Apabila seseorang memulakan kerjayanya sebagai seorang
guru, akan menghadapi pelbagai cabaran dan melalui beberapa pengalaman.
Segala pengalaman manis dan pahit akan memperkayakan diri mereka. Guru-guru
professional yang cemerlang belajar melalui segala kesilapan dan pengalaman
mereka.
- Kualiti guru-guru bersama dengan tahap
pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka adalah penting dalam proses
pembinaan negara. Guru-guru yang sentiasa berusaha meningkatkan kualiti
pengajaran mereka adalah dianggap sebagai professional.
·
Pembelajaran adalah proses sepanjang hayat. Guru-guru
harus terus memperoleh pengetahuan sepanjang hayat walaupun mereka telah menamatkan pendidikan formal mereka.
Guru-guru harus memperkayakan diri sendiri dengan mengamali kehidupan yang
sentiasa berasaskan budaya ilmu.
|
4
|
Cadangan
idea untuk menyelesaikan isu:
·
Pelbagai kaedah boleh
dilaksanakan bagi meningkatkan tahap profesionalisme perguruan oleh pelbagai
pihak. Antaranya ialah :
1. Guru hendaklah didedahkan dengan kod etika guru. Kod Etika guru merupakan satu garis
panduan bagaimana tingkah laku di dalam profesionalisme perguruan.
2. Guru hendaklah mendisiplinkan diri dengan mengawal
situasi yang berlaku di sekolah dengan tenang dan bijak tanpa emosi yang
tidak diingini.
3. Guru hendaklah sentiasa mengikuti sesi kaunseling
peningkatan profesionalisme bagi mempertingkatkan diri menjadi seorang guru
yang professional.
|
5
|
Tempoh
masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu:
Saya akan cuba menyelesaikan isu ini selagi
bergelar warga pendidik kerana setiap masa merupakan pengalaman yang berharga
dalam kerjaya sebagai seorang guru.
|
6
|
Pelaksanaan
langkah-langkah penambahbaikan:
·
Semoga permasalahan
yang timbul sepanjang bergelar guru dapat diselesaikan dengan baik dan betul.
Saya juga mengharapkan guru-guru senior dapat memberikan tunjuk ajar kepada
saya. Saya juga tidak akan berputus asa menimba ilmu dalam bidang pendidikan
bagi memperbaiki diri menjadi guru yang lebih sempurna dan dihormati pada
masa akan datang. Kerjasama daripada pelbagai pihak amat saya hargai bagi
membentuk diri saya menjadi seorang warga pendidik yang bermutu dan
profesional.
|
7
|
Tindakan
Susulan:
Sebagai seorang guru, saya akan perlu sentiasa fokus
dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik. Saya juga perlu memberikan
perhatian terhadap persekitaran sekeliling agar proses pengajaran dan
pembelajaran sesuai dengan keadaan pelajar di sesuatu tempat. Ini kerana
pelajar dibandar dan dikampung tidak sama cara pergaulannya disebabkan faktor
budaya, cara pergaulan dan juga rutin kehidupan harian. Faktor ini perlu
diambil berat agar guru dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling
dalam melaksanakan tugas sebagai guru.
|