Tuesday 29 April 2014

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU 2





JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 2

( 26 JANUARI 2014 hingga 28 JANUARI 2014 )

NamaPelajar   : Rodziah Bte Mohd Salleh @ Zakaria
Opsyen           : Pendidikan Islam
NamaSekolah : SK IJ Convent
Tarikh              : 26 Januari 2014 – 28 Januari 2014


1
Isu/Masalah/ Peristiwa:

  • Masalah kali berfokus kepada disiplin bilik darjah di mana murid-murid selalu membuat bising ketika saya sedang melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.



2
Pandangan Dan PerasaanTerhadapIsu/Masalah/Peristiwa

·         Pada pandangan saya masalah membuat bising adalah sangat dititikberatkan Untuk mengatasinya agar tidak menganggu murid yang laian
·         Menurut Harry K.Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri. “Most behavior problem in the classroom are caused by the teacher’s failure to teach studebts how to follow procedure”.



3
AnalisisIsu / Masalah / Peristiwa:
3.1)  Punca/Sebab:
·         Masalah ini timbul kerana murid tidak mendengar arahan guru semasa berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik drajah. Selain itu, masalah ini mungkin berpunca dari pengajaran dan pembelajaran yang saya rancangkan di dalam bilik darjah tidak sesuai dengan minat murid menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian kepada pengajaran saya didalam kelas. Selain itu factor persekitaran kelas juga mungkin memainkan peranan dalam mempengaruhi murid-murid seperti keadaan murid yang kepanasan kerana suhu yang tidak menentu.


3.2)  Kelemahan/kekuatan:
·         Kemungkinan murid-murid yang membuat bising tersebut tidak memahami apa yang disampaikan  di dalam kelas.
·         Kebiasaannya, murid-murid yang biasa menimbulkan masalah dalam kelas tersebut terdiri dari kumpulan yang lemah dan tidak berminat dengan pelajaran.
·         Adakah pengajaran guru membosankan dan tidak memenuhi strategi pengajaran dan pembelajaran selaras dengan ilmu pedagogi guru?


4
Cadangan idea untukmenyelesaikanisu:
·         Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud itu:
1.    Strategi pengajaran dan pembelajaran akan saya rangka sejajar dengan minat dan kebolehan ,murid di dalam sesebuah bilik darjah.
2.    Saya juga akan  lebih tegas dengan murid-murid semasa proses PdP dijalankan
3.    Saya juga akan merangka aktiviti pengajaran harian yang lebih menarik agar dapat menarik minat murid-murid  belajar dan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran sehingga ke akhir pembelajaran.
4.    Saya juga akan memberikan lembaran kerja yang sesuai dengan tahap kebolehan setiap murid agar mereka tidak membuat bising ketika di dalam bilik darjah.



5
Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu:
·         Saya akan berusaha mengatasi masalah ini secepat yang mungkin. Hal ini penting kerana ia akan menentukan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran saya pada minggu-minggu yang seterusnya.

6
Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan:
·         Guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti yang bersesuaian dan menarik minat murid, dalam setiap sesi pengajaran dan pemnbelajaran guru perlu kreatif.
·         Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif (seperti satu jawapan yang baik, bagus kerana berani mencuba). Ini memberi kepuasan kepada murid kerana sumbangan mereka dihargai oleh guru dan kawan-kawan.
·         Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan guru mestilah membuat pemantauan. Guru haruslah pantau dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Semasa pemantauan dilakukan guru bolehlah member semangat jika aktiviti sukar atau cuba mencadangkan strategi yang lebih mudah.
7
TindakanSusulan:
·         Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Di mana saya akan cuba mencari maklumat-maklumat untuk mendapatkan idea yang menarik dalam merancang aktiviti di dalam bilik darjah agar pengajaran saya akan menjadi lebih menarik dan berkesan. Di harapkan saya akan Berjaya mengatasi masalah ini.












No comments:

Post a Comment