Tuesday 29 April 2014

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU 5



JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 5

( 16 FEBRUARI 2014 hingga 20 FEBRUARI 2014 )

NamaPelajar   : Rodziah Bte Mohd Salleh @ Zakaria
Opsyen           : Pendidikan Islam
NamaSekolah : SK IJ Convent
Tarikh              16 Februari 2014 – 20 Februari 2014



1

Isu /Masalah / Peristiwa:

·         Masalah minggu ini berkaitan dengan Majlis Tadarus AL-Quran dan festival Nasyid Sekolah Rendah Peringkat Zon Bandar Kali ke – 40 Tahun 2013 / 1435 H. Majlis seperti ini sepatutnya diumumkan awal supaya pihak sekolah tidak terkejar-kejar untuk membuat persiapan awal untuk menyertainya.



2

Pandangan Dan Perasaan Terhadap Isu /Masalah /Peristiwa

·         Sebagai panduan penganjuran di peringkat Zon dan Negeri Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid serta program lain (Hafazandan Bercerita Kisah-Kisah Nabi).
·         Majlis tersebut aadalah antara lain bagi mencungkil bakat-bakat murid di dalam Tilawah Al-Quran, menghafaz surah-surah, menghayati cerita-cerita sejarah para Nabi dan Rasul serta memahami Bahasa Arab yang mereupakan bahasa Al-Quran Kalam Allah.
·         Oleh itu, majlis seperti ini perlu diumumkan lebih awal supaya semua pihak bersedia dalam membuat persiapan untuk menyertainya.









3




AnalisisIsu / Masalah / Peristiwa:
3.1)  Punca /Sebab:
·         Beberapa acara berakhir agak lewat dari yang ditetapkan.
·         Terdapat peserta yang kurang membuat persediaan untuk pertandingan.


3.2)  Kelemahan / kekuatan:

·         Majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan
·         Semua AJK pelaksana menjalankan tugas seperti yang dirancangkan.
·         Kerjasama dan sokongan dari semua pihak amat memuaskan.
·         Tidak ada peserta yang menarik diri di saat-saat akhir.



4

Cadangan idea untuk menyelesaikan isu:

·         Saya mencadangkan apabila setiap tahun program sebegini dilaksanakan, sebagai pengurusan program hendaklah menetapkan tarikh pemberitahuan lebih awal untuk memudahkan peserta  yang bertanding bersedia dengan rapi.



5

Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu:

·         Saya berharap agar ada pihak yang berusaha mengatasi masalah ini secepat mungkin. Hal ini penting kerana ia akan menentukan kelancaran proses majlis di masa akan datang.



6

Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan:

  • Acara mesti berjalan mengikut masa yang ditetapkan.
  • Membuat perbincangan tentang posmotem bagi program yang sudah berlalu.



7

TindakanSusulan:

·         Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Dimana saya akan cuba berbincang dengan guru-guru Pendidikan Islam untuk menangani masalah ini. Di harapkan semua pihak akan berjaya untuk mengatasi masalah ini.

No comments:

Post a Comment