Tuesday 29 April 2014

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU 3






JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 3

( 02 FEBRUARI 2014 hingga 06 FEBRUARII 2014 )

NamaPelajar   : Rodziah Bte Mohd Salleh @ Zakaria
Opsyen           : Pendidikan Islam
NamaSekolah : SK IJ Convent
Tarikh              : 02 Februari 2014 – 06 Februari 2014



1

Isu/Masalah/ Peristiwa:

·         Masalah kali ini berkaitan dengan Perlantikan Watikah Ketua Pengawas, Ketua, Penolong bilik Darjah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan IJ Convent, Johor Bahru.
·         Terdapat Ibu dan Bapa murid yang masuk campur dalam perlantikan Ketua Pengawas sekolah.




2

Pandangan Dan PerasaanTerhadap Isu /Masalah /Peristiwa

·         Pada pandangan saya, Ibu dan Bapa murid tidak sepatutnya masuk campur dalam hal yang melibatkan sekolah, kerana ini menyebabakan perlantikan Ketua Pengawas ini terpaksa ditangguhkan kerana mereka tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih.




3

AnalisisIsu / Masalah / Peristiwa:
3.1)  Punca/Sebab:
  • Masalah ini timbul kerana terdapat Ibu dan Bapa murid yang mahu anak mereka dijadikan calon Ketua Pengawas sedangkan mengikut pihak sekolah terdapat calon yang lebih layak untuk memegang jawatan tersebut.


3.2)  Kelemahan/kekuatan:

·         Pihak sekolah mengambil inisiatif dengan berjumpa  pihak Ibu dan Bapa murid supaya ketidakpuasan hati mereka dapat diselesaikan dengan segera.


4

Cadangan idea untuk menyelesaikan isu:

·         Satu pilihan raya kecil diadakan disekolah iaitu calon yang bertanding akan mengaut undi berdasarkan kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak sekolah. Calon mestilah memenuhi kreatiria yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Pengawas Sekolah.



5

Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu:

·         Saya dan pihak sekolah akan berusaha secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah ini. Hal ini penting kerana ia akan menjejaskan imej sekolah jika pemilihan tidak dibuat dengan betul.


6

Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan:

  • Semoga murid yang terlibat dapat menjalankan tangungjawab dan amanah yang diberikan dengan baik, sentiasa meningkatkan prestasi kecemerlangan diri dari segi Akademik dan Kokurikulum serta mempunyai jati diri yang kuat dalam menjalankan tugas harian disekolah.
  • Selain itu, mereke juga perlu menjadi contoh dan akhlak yang baik kepada murid lain.












7

TindakanSusulan:

·         Semoga murid yang dipilih ini akan menjadi insan yang berguna dan berjaya sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Saya akan cuba mendidik mereka dengan sebaik mungkin.












No comments:

Post a Comment