Tuesday 29 April 2014

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU 9



JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 9

(16 MARCH 2014 hingga 20 MARCH 2014 )

NamaPelajar   : Rodziah Bte Mohd Salleh @ Zakaria
Opsyen           : Pendidikan Islam
NamaSekolah : SK IJ Convent
Tarikh              : 16  MARCH 2014 – 20 MARCH 2014



1

Isu / Masalah / Peristiwa:

  • Kem Bestari Solat adalah satu aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan, dan penghayatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.


2

Pandangan Dan PerasaanTerhadap Isu / Masalah / Peristiwa

  • Terdapat sebahagian murid yang masih lemah atau kurang faham cara mendirikan solat dengan betul. Lemah dari segi rukun bacaan dan perbuatan. Terdapat juga murid-murid yang tidak serius atau dengan kata laian tidak member perhatian sepenuhnya ketika program berlangsung.


3

AnalisisIsu / Masalah / Peristiwa:
3.1)  Punca / Sebab:
  • Ada kemungkinan murid-murid tidak diberi kesedaran akan kepentingan mendirikan solat dari ibu bapa sendiri. Ketika dirumah ada kemungkinan juga mereka tidakmendirikan solat.

3.2)  Kelemahan / kekuatan:
  • Mirid-murid merasa seronok dengan program ini kerana mereka dapat belajar dan juga bersama kawan-kawan mereka untuk belajar cara menunaikan solat dengan sempurna..


4

Cadangan idea untuk menyelesaikan isu:

  • Memberi kesedaran kepentingan solat terhadap murid-murid. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam melestarikan kepentingan solat dalam diri anak-anak.
  • Giru-guru juga perlu menjelaskan akan nikmat, ganjaran atau balasan kepada orang-orang yang mendirikan solat agar memberi semangat kepada murid-murid untuk mendirikan solat.


5

Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu:

·         Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Hal ini penting kerana solat merupakan perkara utama dalam kehidupan orang Islam.


6

Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan:

·         Gandingan guru-guru dan para ibu bapa perlu selari bagi mencapai objektif kearah pemurnian solat dalam diri murid-murid.


7


Tindakan Susulan:

·         Penilaian secara berterusan dari kalangan guru terhadap murid-murid. Peranan ibu bapa yang paling besar dalam soal ini juga amat diperlukan.

No comments:

Post a Comment