Tuesday 29 April 2014

projek praktikum

RANCANGAN PROJEK

NAMA PROJEK      : PROJEK MENGHIAS PAPAN TANDA  SURAU AL-HUMAIRAH


PENGENALAN PROJEK  : 

Setiap unit Panatia Sk IJ Convent sedang mengadakan aktiviti menceriakan serta mengindahkan kawasan sekolah. Tidak terkecuali Panatia Agama Islam. Saya telah menjadikan tugasan tersebut sebagai tugasan projek saya bagi melengkapkan lagi tugasan semasa praktikum ini yang sedang berlangsung selama 3 bulan. 

 Projek ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan yang lebih luas kepada pelajar tentang ilmu-ilmu fardhu ain, jawi, quran dan juga bahasa arab (j-QAF). Projek ini secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana sekolah yang kondusif disamping dapat menitikberatkan aspek kebersihan dan keceriaan di sekitar kawasan sekolah.   


MATLAMAT PROJEK  : 

Menjadikan SK IJ Convent  sebagai sebuah sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang menitikberatkan aspek keilmuan bersesuaian dengan Sekolah Berprestasi Tinggi 


OBJEKTIF PROJEK : 

 1)  Memupuk nilai cintakan ilmu dikalangan warga sekolah.
 2) Meningkatkan minat pelajar untuk memartabatkan ilmu Fardhu Ain dalam kehidupan seharian.
 3) Menggalakkan kerjasama yang erat antara warga sekolah dalam menjaga kebersihan serta keceriaan sekolah.
 4) Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah dalam mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang kondusif.


LAPORAN PROJEK PRAKTIKUM

NAMA PELAJAR   : RODZIAH BTE MOHD SALLEH @ ZAKARIA
PROGRAM    : DPLI SR  j-QAF
NAMA SEKOLAH   : SK IJ CONVENT,  JOHOR BAHRU
NAMA PROJEK   : MENGHIAS PAPAN TANDA  SURAU AL-HUMAIRAH
TEMPOH PELAKSANAAN  : 30 MARCH 2014 – 15 APRIL 2014


OBJEKTIF :

1) Menceriakan surau sekolah.
2) Memupuk nilai cintakan ilmu dikalangan warga sekolah.
3) Meningkatkan minat pelajar untuk memartabatkan ilmu Fardhu ain dan Kifayah dalam kehidupan seharian.
4) Menyumbang tenaga dan buah fikiran
5) Menggalakkan kerjasama yang erat antara warga sekolah dalam menjaga kebersihan serta keceriaan sekolah.
6) Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah dalam mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang kondusif.
7) Memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan datang.

MATLAMAT PROJEK :
Menjadikan SK IJ Convent sebagai sebuah sekolah yang kondusif bagi
melahirkan warga sekolah yang menitikberatkan aspek keilmuan bersesuaian
dengan Sekolah Berprestasi Tinggi .


STATUS KEMAJUAN PELAKSANAAN PROJEK

PROJEK TEMPOH/TARIKH KOS (RM) STATUS PELAKSANAAN PROJEK
MENGHIAS PAPAN TANDA SURAU AL-HUMAIRAH 2 Minggu

(30/03/2014 – 15/04/2014) 150.00 - Aktiviti menempah banner oleh guru pelatih (Rodziah Bte Mohd Salleh).
- Aktiviti menghias sudut surau dan penambahbaikkan setiap sudut.

MASALAH/KEKANGAN YANG DIHADAPI : TIADA












LAPORAN BERGAMBAR
PAPAN TANDA SURAU AL-HUMAIRAH
Sebelum..








Semasa....




Selepas....


No comments:

Post a Comment