Tuesday 29 April 2014

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU 4



JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 4

( 09 FEBRUARI 2014 hingga 13 FEBRUARII 2014 )

NamaPelajar   : Rodziah Bte Mohd Salleh @ Zakaria
Opsyen           : Pendidikan Islam
NamaSekolah : SK IJ Convent
Tarikh              : 09 Februari 2014 – 13 Februari 2014



1

Isu /Masalah / Peristiwa:

  • Masalah minggu ini berkaitan dengan ketidakhadiran murid di dalam waktu pengajaran dan pembelajaran kerana aktiviti kokurikulum yang mereka sertai di sekolah setiap hari.



2

Pandangan Dan Perasaan Terhadap Isu /Masalah /Peristiwa

·         Pada pandangan saya, aktiviti kokurikulum ini memang sangat penting untuk mereka melibatkan diri kerana ia melibatkan masa depan mereka apabila ke peringkat yang lebih tinggi seperti untuk ke Universiti dan sebagainya tetapi mereka perlu pandai membahagikan masa antara sukan dan pelajaran.



3

AnalisisIsu / Masalah / Peristiwa:
3.1)  Punca /Sebab:
·         Masalah ini timbul kerana mereka tidak pandai membahagikan masa antara aktiviti kokurikulum dan pelajaran. Di sebabkan itu, mereka sering meninggalkan kelas dan tidak dapat menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru.
·         Masalah menjadi lebih rumit kerana murid ynag terlibat dengan aktiviti kokurikulum ini antara murid yang lemah dalam pelajaran dan mereka sendiri tidak pandai membahagikan masa yang diberikan dan ini menyukarkan guru dalam mengajar mereka di kelas.

3.2)  Kelemahan / kekuatan:

·         Murid-murid yang terlibat ini tidak pandai membahagikan masa antara pelajaran dan aktiviti kokurikulum yang mereka sertai.


4

Cadangan idea untuk menyelesaikan isu:

·         Pihak sekolah perlu bertegas dengan mereka, ini bukan bermakna mereka tidak boleh melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, tetapi mereka perlu dibantu agar antara pelajaran dan kokurikulum seimbang dan salah satunya tidak ada yang tercicir.


5

Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu:

·         Saya dan pihak sekolah akan berusaha secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah ini. Hal ini penting kerana ia akan menjejaskan imej sekolah jika keadaan ini berterusan dan menyebabkan imej sekolah sebagai sekolah (SBT) iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi akan terjejas dan menurun.


6

Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan:

·         Semoga murid yang terlibat dapat meningkatkan prestasi sekolah di bidang kokurikulum dan juga bidang akademik agar kecermelangan mereka seiring dan sejajar dengan matlamat sekolah iaitu berjaya kedua-duanya sekali dan dapat menaikkan nama sekolah, bukan sahaja di peringkat daerah malah peringkat antarabangsa.



7

TindakanSusulan:

·         Murid-murid yang terlibat ini, akan dipantau dari masa ke semasa agar mereka dapat seimbangkan segala aktiviti yang mereka lakukan. Tindakan susulan akan diambil sekiranya mereka tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Kerjasama dari semua pihak pentadbir dan guru-guru amat diharapkan agar segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment