Tuesday 29 April 2014

JURNAL PRAKTIMUM MINGGU 7



JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 7

(02 MARCH 2014 hingga 08 MARCH 2014 )

NamaPelajar   : Rodziah Bte Mohd Salleh @ Zakaria
Opsyen           : Pendidikan Islam
NamaSekolah : SK IJ Convent
Tarikh              : 02 MARCH 2014 – 08 MARCH 2014



1

Isu / Masalah / Peristiwa:

  • Masalah kali ini berkaitan dengan kelas yang lemah (pemulihan). Kebanyakan murid-murid dari kelas ini kurang memberikan tumpuan terhadap apa yang saya ucapkan dihadapan kelas. Mereka kelihatan lebih senang bersembang dengan rakan disebelah atau membuat kerja sendiri. Terdapat beberapa orang murid yang bukan sahaja setakat tidak memberi tumpuan, malahan membuat bising ketika saya mengajar di hadapan.


2

Pandangan Dan PerasaanTerhadap Isu / Masalah / Peristiwa

  • Pada pandangan saya, murid yang tidak memberi perhatian ketika sedang belajar sebenarnya mereka belum sedar akan kepentingan memberi perhatian ketika sedang belajar. Saya beranggapan mereka masih boleh dibimbing.



3

AnalisisIsu / Masalah / Peristiwa:
3.1)  Punca / Sebab:

·         Kelas yang mempunyai murid yang agak lemah dari segi pencapaian jawi. Selain itu, mereka juga dikatakan suka membuat bising dan kurang memberi perhatian ketika guru mengajar di hadapan kelas. Namun, terdapat beberapa orang murid sahaja yang berkelakuan sedemikian manakala sebahagian besar yang lain memberi tumpuan dan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik.

3.2)  Kelemahan / kekuatan:
  • Apabila saya membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran di kelas, saya dapati pengajaran saya ada sedikit kelemahan dari segi penyampaian. Saya beranggapan ini sebagai punca murid tidak memberi tumpuan. Saya perlu memperbaikinya dengan segera untuk kebaikan mereka.



4

Cadangan idea untuk menyelesaikan isu:

·         Bagi mengelakkan murid-murid membuat hal sendiri dan member tumpuan kepada apa yang saya sampaikan, saya akan membahagikan murid-murid dikelas tersebut kepda beberapa buah kumpulan. Prestasi setiap kumpulan akan dinilai dari segi perolehan maklumat dan pematuhan arahan yang diberi guru.
·         Kumpulan yang menjawab soalan yang dikemukakan serta menjaga sahsiah
(memberi tumpuan dan tidak membuat bising) akan diberi pelekat senyuman.


5

Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu:

·         Saya akan berusaha mengatasi masalah ini secepat yang mungkin. Hal ini penting kerana ia akan menetukan bagi kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran murid (PDP) di sekolah.


6

Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan:

·         Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif.
·         Selain itu, bagi memotivasikan murid-murid agar berkelakuan seperti yang dikehendaki guru.







7






Tindakan Susulan:

·         Saya akan berusaha sebaik mungkin dengan penambahbaikan dari segi pengajaran dan pembelajaran kerana ia bukan sahaja dapat memotivasikan murid malah saya sebgai guru akan berusaha sebaik mungkin agar sesi pengajaran dan pembelajaran ini akan bertambah baik dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment