Tuesday 29 April 2014

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU 6



JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 6

(23 FEBRUARI 2014 hingga 27 FEBRUARI 2014 )

NamaPelajar   : Rodziah Bte Mohd Salleh @ Zakaria
Opsyen           : Pendidikan Islam
NamaSekolah : SK IJ Convent
Tarikh              : 23 FEBRUARI 2014 – 27 FEBRUARI 2014



1

Isu / Masalah / Peristiwa:

  • Masalah kali ini berkaitan dengan Program Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah. Program ini diadakan selama seminggu iaitu bermula pada hari ahad 23 Februari hingga 02 Marc iaitu penutup dan hari kemuncaknya. Pelbagai aktiviti diadakan sempena minggu anti dadah ini antaranya, peraduan mewarna, bermain keyboard, pertandingan nyanyian serata ceramah mengenai kesedaran dadah.



2

Pandangan Dan PerasaanTerhadap Isu / Masalah / Peristiwa

  • Pada pandangan saya, program ini merupakan satu proses untuk memberi kesedaran kepada semua pelajar termasuk guru tentang bahayanya dadah dan dadah juga merupakan musuh paling utama kepada Negara.




3

AnalisisIsu / Masalah / Peristiwa:
3.1)  Punca / Sebab:
  • Program seperti ini amat baik diadakan bukan sahaja diperingkat sekolah, malah disemua peringkat agar kesedaran awal dapat diterapkan supaya mereka tidak langsung terlibat dalam penyalahgunaan dadah.



3.2)  Kelemahan / kekuatan:

·         Kekuatan program ini ialah dapat memupuk sikap murid supaya benci dengan dadah dan menjauhkan diri dari apa-apa perkara yang menyebabkan punca seseorang itu terlibat dengan pensyalahgunaan dadah.
·         Antara kelemahan program ini ialah, terdapat segelintir murid yang tidak perihatin terhadap program ini dan mereka memandang remeh serta tidak menghayati sepenuhnya sepanjang program ini diadakan.



4

Cadangan idea untuk menyelesaikan isu:

·         Langkah terbaik untuk menyelesaikan isu ini ialah dengan menjemput penceramah dari mereka yang pernah terlibat degan najis dadah ini dan mereka yang sudah insaf sepenuhnya dari dadah. Selain itu tayangan video mengenai betapa peritnya hari yang mereka lalui untuk proses penyembuhan dari najis dadah ini, supaya murid-murid ini timbul kesedaran dan lebih berhati-hati dalam kehidupan mereka supaya tidak terjebak dengan dadah.


5

Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu:

·         Sebagai guru, saya perlu sentiasa memberi peringatan dari masa ke semasa akan keburukan tentang bahayanya najis dadah ini dan dadah juga menjadi perosak banga yang paling utama di dunia ini. Mereka juga perlu diberi penjelasan mengenai punca bagaimana seseorang itu boleh terjebak dengan najis dadah.


6

Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan:

·         Memotivasikan murid dengan sentiasa memberi kesedaran bahayanya penyalah gunaan dadah.
·         Aktiviti kokurikulum di sekolah juga boleh diselitkan dengan membuat pertandingan poster dadah serata kesedaran-kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah.



7



Tindakan Susulan:

·         Program ini diharap bukan berhenti setakat ini sahaja, malah perlu diteruskan lagi dari masa ke semasa agar kesedaran di kalangan murid berterusan sehingga mereka keluar dari sekolah akan datang dan tidak terjebak dengan penyalah gunaan dadah.

No comments:

Post a Comment