Tuesday 29 April 2014

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU 8



JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 8

(09 MARCH 2014 hingga 13 MARCH 2014 )

NamaPelajar   : Rodziah Bte Mohd Salleh @ Zakaria
Opsyen           : Pendidikan Islam
NamaSekolah : SK IJ Convent
Tarikh              : 09  MARCH 2014 – 13 MARCH 2014



1

Isu / Masalah / Peristiwa:

  • Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40 dan Anugerah Kecermelangan UPSR SK IJ Convent, Johor Bahru.


2

Pandangan Dan PerasaanTerhadap Isu / Masalah / Peristiwa

  • Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara ibu bapa dan guru sekolah.
  • Bertukar-tukar pendapat dan idea serta mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah berkaitan dengan sekolah.
  • Dapat melahirkan sekolah yang cemerlang, terbilang dan gemilang.



3

AnalisisIsu / Masalah / Peristiwa:
3.1)  Punca / Sebab:
  • Majlis menyuarat Agung PIBG adalah majlis PIBG bukan majlis sekolah oleh itu guru-guru yang hadir pada hari tersebut adalah sebagai ahli PIBG. Kadang-kadang hal ini mereka tidak sedari dan juga sekolah mengadakan aktiviti tertentu pada hari tersebut. Keadaan itu telah menjadikan majlis tersebut majlis bersama, di mana PIBG menguruskan hal berkaitan dengan mesyuarat Agung. Manakala pihak sekolah akan mengendalikan aktiviti mereka.



3.2)  Kelemahan / kekuatan:
  • Majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.
  • Semua AJK pelaksana menjalankan tugas seperti yang dirancangkan.
  • Kerjasama dan sokongan dari semua pihak amat baik.
  • Kehadiran ibu bapa yang kurang, terutamanya bapa yang tidak ramai hadir.
.


4

Cadangan idea untuk menyelesaikan isu:

Saya mencadangkan apabila setiap tahun program sebegini dilaksanakan, sebagai ibu bapa hendaklah hadirkan diri dalam mesyuarat PIBG yang dijalankan pada setiap tahun. Ini memudahkan pengurusan sekolah dapat dibantu dari segi pendapat dan idea daripada pihak ibu bapa.



5

Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu:

·         Saya akan berusaha mengatasi masalah ini secepat yang mungkin. Hal ini penting kerana ia akan menetukan bagi kelancaran proses majlis di masa akan datang.



6

Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan:

·         Peranan PIBG hanyalah sebagai penambahbaikkan dan membantu pihak asekolah dalam bidang tertentu sahaja. Malah PIBG tidak boleh mentadbir dan mencampuri hal pentadbiran sekolah. Perkara ini jelas diterangkan didalam perlembagaannya.








7






Tindakan Susulan:

·         Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Dimana saya akan cuba berbincang dengan AJK PIBG untuk menangani masalah ini.

No comments:

Post a Comment